'The Spirit of The Coin' juga dikenali sebagai 'Ouija Board' merupakan salah satu cara untuk menjalankan aktiviti spiritual iaitu dengan memanggil roh si mati dari alam ghaib. Perkataan ‘Ouija’ dipetik dari bahasa Jerman dan Perancis yang bermaksud ‘Ya’ - Oui dan Ja. Papan ‘Ouija Board’ terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk tetapi kebiasaannya ia berbentuk papan datar yang mempunyai huruf-huruf abjad,satu siri nombor, beberapa tanda banca, perkataan ‘YA’ dan ‘TIDAK’ serta ‘SELAMAT TINGGAL’.
Orang yang menggunakan Ouija Board akan meletakkan tangan mereka tangan mereka di atas satu penunjuk dan soalan akan diberikan kepada roh. Seandainya komunikasi itu berjaya, penunjuk akan bergerak ke huruf-huruf abjad di papan Ouija sebagai memberi respon kepada pemain Ouija Board.
Digelar “The Mysterious Talking Oracle“, Ouija Board menjadi kegilaan masyarakat barat pada pertengahan abad ke - 19. Ini berikutan dengan minat orang ramai yang ingin menyiasat alam paranormal. Ia kerap digunakan oleh amatur-amatur yang ingin mencuba dan menghubungi roh-roh si mati terutamanya ditempat yang berlakunya bencana dan kes pembunuhan. Kajian saintifik telah dijalankan ke atas papan tersebut dan hasilnya jawapan yang diberikan oleh roh si mati hampir sama dengan sesuatu kejadian.
Ramai ahli psikik memberi pendapat adalah bahaya menggunakan Ouija Board kerana pemain papan tersebut bukan sahaja berjaya berkomunikasi dengan roh si mati tetapi juga dengan entiti yang tidak dikenali. Malah,ramai mendakwa bahawa papan Ouija Board sendiri adalah berhantu.
Rayuan roh si mati
Pada 11 tahun yang lalu, terdapat satu kisah tentang Ouija Board yang pernah berlaku di Amerika Syarikat. John yang meminati perkara-perkara misteri mencadangkan kepada rakan-rakannya, Gareth, Andrea dan Suzanne bermain Ouija Board. Lalu John mengambil Ouija Board yang telah lama tidak digunakan di dalam stor rumahnya.
Kesemua lampu dipadamkan kecuali lampu meja yang di kelilingi oleh John serta rakan-rakannya. Setelah jari diletakkan pada alat penunjuk, suasana sunyi sepi, yang didengari hanya lah bunyi kenderaan yang lalu di hadapan rumah. Masing-masing menumpukan penuh perhatian kepada alat berkomunikasi dengan roh itu. John mula bertanya kepada roh-roh yang mungkin ada di sekeliling mereka. “Ada sesiapa di sana?,” petunjuk Oujia tidak beranjak.
Selepas beberapa kali mencuba, tiba-tiba alat penunjuk beranjak perlahan-lahan ke arah YA. “Siapa kamu?” soal John, penunjuk di jari John dan rakan-rakannya mula bergerak perlahan-lahan, J-A-M-E-S, “ apa yang kamu mahu,” John menyoal lagi. T-O-L-O-N-G, C-A-R-I, S-A-Y-A. “ Kamu di mana?” penunjuk Ouija tidak bergerak semula.
Memandangkan masih banyak lagi maklumat yang perlu di cungkil dari roh berkenaan, jadi John serta rakan-rakannya mencuba sekali lagi untuk berkomunikasi dengan roh tersebut pada minggu berikutnya. Mereka yakin dapat menghubungi roh berkenaan. Setelah memanggil roh tersebut, alat penunjuk mula bergerak. “Adakah awak James?”, John bertanya. “YA”. “Kamu di mana?” soalnya lagi. P-A-N-T-A-I, W-E-S-T-B-A-Y, S-A-Y-A, S-U-D-A-H, M-A-T-I. John serta rakan-rakannya terkejut lantas menarik tangan masing-masing dari penunjuk Ouija. Perasaan seram mula menyelubungi mereka.
Setelah bersepakat untuk mengetahui kebenaran tentang Ouija Board, John dan rakan-rakannya bersetuju untuk mencari mayat James di pantai West Bay, Bridport. Kerja mencari dimulakan pada waktu tengah hari kerana pantai lengang ketika itu dan memudahkan John dan rakan-rakannya mengesan James tanpa ada sesiapa mengesyaki.
John dan rakan-rakannya berpecah kepada dua kumpulan. Semasa mencari, Gareth telah merenung pada satu batu besar di pantai tersebut, Gareth berasa ada sesuatu yang ganjil pada batu tersebut. Tanpa membuang masa, batu-batu kerikil di bawah dan sekitar batu berkenaan di selongkar. Tidak sampai seminit kemudian, Gareth terjumpa sehelai jean biru serta kemeja-T hitam di bawah timbunan pasir.
Akhirnya satu mayat yang sudah reput dan berbau telah dijumpai dalam keadaan tertiarap. Lalu John dan rakan-rakannya membuat laporan polis. Beberapa hari kemudian, John serta rakan-rakannya mendapat maklumat bahawa mayat tersebut adalah salah seorang nelayan yang hilang di perairan Weymouth, berhampiran West Bay dan nama mayat tersebut adalah Peter James!!!
No comments:
Post a Comment