Borley Rectory pernah diberi gelaran 'rumah paling berpuaka di England'. Rumah tersebut dikatakan berhantu oleh Harry Price, seorang pemburu hantu pada zaman ketika itu. Selama bertahun-tahun Price menyiasat Borley Rectory, ia menjadi terkenal kerana Price mengalami sendiri pelbagai aktiviti paranormal di rumah tersebut. Terdapat buku yang menunjukkan beberapa gambar rumah dan tulisan yang dikatakan muncul di dinding secara tiba-tiba, yang memberi amaran seperti 'rest' dan 'please get help' kepada wanita bernama Marianne.
Rumah itu dibina pada tahun 1862 oleh Rev Henry Bell untuk didiami isteri dan 14 orang anaknya. Rumah tersebut merupakan sebuah rumah agam era Victoria yang terletak di sebuah perkampungan wilayah Borley, Essex, England. Disebalik pembinaan rumah Borley Rectory pula terdapat satu lagi rumah lain di atas tapak tanah yang ingin dibina oleh Rev Henry Bell yang dimiliki oleh seorang paderi. Rev Henry Bell telah merobohkan rumah paderi itu bagi memberi ruang untuk rumah barunya. Antara perkara lain yang masih menjadi persoalan sama ada bangunan yang dirobohkan itu adalah sebuah tapak gereja lama. Dan terdapat juga kisah tragis tentang hubungan cinta terlarang antara paderi dan rahib berlaku di mana kedua-dua mereka ditemui mati.
Kehadiran makhluk halus
Laporan kejadian paranomal telah dilaporkan kurang setahun setelah rumah itu diduduki. Jelmaan rahib berterbangan dapat dilihat di situ. Rev. Bell Sr. akhirnya meninggal dunia pada tahun 1892 dan anaknya Rev. Harry Bell berpindah ke kediaman di Rectory dengan keluarga dan beberapa adik-beradiknya. Mereka juga telah melihat kelibat lembaga jelmaan rahib di rumah tersebut.
Tulisan misteri di dinding turut disaksikan oleh ramai pengkaji paranormal dan pengunjung di rumah tersebut |
Menyingkap fenomena Borley Rectory
SehinggaIah pada tahun 1928 apabila Rev. Smith dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut, perkara-perkara aneh mula terjadi. Kekerapan kejadian pelik dan aneh berlaku menyebabkan keluarga Smiths menghubungi akhbar tempatan untuk mendapatkan bantuan. Wartawan yang bertugas mengendalikan kes itu menghubungi Harry Price dan persatuannya untuk melakukan penyiasatan tetapi Puan Smith merasakan Harry Price adalah individu yang bertanggungjawab di atas semua kejadian aneh yang berlaku.
Keluarga Smiths kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berpindah keluar dan tidak lama selepas itu keluarga Foysters pula yang mengambil-alih tinggal di situ. Tetapi kejadian yang lebih pelik berlaku di mana tiba-tiba botol dibaling ke dinding dan tulisan-tulisan aneh muncul di dinding yang ditujukan kepada Puan Foyster. Puan Foyster juga diganggu semasa tidur di tengah-tengah malam dan dicampakkan batu.
Gangguan yang berterusan akhirnya memaksa keluarga Foysters berpindah keluar dari rumah tersebut dan seterusnya Harry Price pula menyewa rumah itu selama setahun. Dia tinggal bersama kumpulan paranormal yang mengkaji kejadian-kejadian aneh yang berlaku di rumah tersebut. Aktiviti paranormal masih berlaku tetapi tidak sekerap kejadian yang berlaku ketika keluarga Foysters masih tinggal di situ. Akhirnya, tempoh menyewa Harry Price pun berakhir dan Rev sekeluarga berpindah masuk pada tahun 1939.
Borley Rectory akhirnya terbakar pada tahun 1939. Sebuah lampu minyak terjatuh lalu menimpa sejumlah kotak sewaktu mereka mengemas rumah dan kejadian ini telah menyebabkan kebakaran yang memusnahkan rumah tersebut. Sebahagian tapak rumah itu masih ada sehinggalah rumah tersebut dirobohkan pada tahun 1944. Harry Price meninggal dunia pada tahun 1948, kejadian paranormal yang menghantui Borely Rectory telah membuatkan Price terkenal dalam dunia Paranormal.
Keadaan Borley Rectory selepas musnah dalam kebakaran |
No comments:
Post a Comment