Wednesday, July 29, 2015

Kapal hantu The Flying Dutchman




Kisah kapal berhantu The Flying Dutchman merupakan salah satu kisah terkenal yang diceritakan di seluruh dunia. Malah, kisah tersebut yang telah banyak menghasilkan dalam bentuk bacaan buku turut mengangkat legenda tersebut dalam bentuk filem melalui Pirates of the Caribbean: Dead Man's (2006) dan Pirates of the Caribbean: World's End (2007). Bagaimanapun, kisah pelayaran kapal berhantu itu masih belum dapat dipastikan kebenarannya walaupun kisahnya telah disampaikan sejak turun-temurun.

Menurut cerita rakyat, The Flying Dutchman adalah kapal berhantu yang dikatakan tidak boleh berlabuh dan harus mengharungi tujuh lautan buat selama-lamanya. Menurut beberapa sumber, legenda kapal The Flying Dutchman berasal dari Belanda, sementara terdapat juga sumber percaya bahawa kisah tersebut berasal dari cerita dongeng Inggeris melalui karya The Flying Dutchman (1826) oleh Edward Fitzball dan novel The Phantom Ship (1839) oleh Frederick Marryat. 

Kisah pelayaran kapal The Flying Dutchman yang diketuai oleh seorang kapten Belanda bernama Bernard Fokke (juga dikenali dengan nama Ramhout Van Dam atau Van der Decken) telah diceritakan pada abad ke-17.

Disumpah

Kapten tersebut dipercayai telah mengarahkan kapal tersebut dikemudi dengan kelajuan yang luar biasa bahkan telah menggunakan bantuan dari makhluk alam ghaib sewaktu dalam pelayaran mengharungi lautan dari Belanda menuju ke Pulau Jawa, Indonesia. Bagaimanapun, sewaktu berada ditengah-tengah pelayaran, cuaca buruk tiba-tiba melanda sehingga menyebabkan kapal tersebut terumbang-ambing di lautan.

Berikutan ribut, seorang anak kapal telah meminta supaya pelayaran tersebut dihentikan demi keselamatan kerana cuaca menjadi semakin buruk, namun permintaan itu tidak diendahkan oleh kapten kapal. "Aku bersumpah tidak akan berpatah balik dan akan terus meredah badai untuk sampai ke kota tujuanku atau aku bersama semua anak kapal akan disumpah selamanya," kata kapten Bernard Fokke yang tekad untuk meneruskan pelayarannya. Bagaimanapun, tiba-tiba badai yang kuat telah menghentam kapal tersebut sehingga kapten Fokke akhirnya akur dan terpaksa menghentikan pelayarannya. Dipercayai, sebuah kapal yang bertembung dengan The Flying Dutchman akan menberi isyarat kepada kapal berpuaka itu akan ditimpa malapetaka sebelum karam.

Ladam Kuda

Bagi nelayan yang sentiasa berada di tengah laut, pertemuan yang tidak diduga dengan kapal hantu itu sentiasa menjadi kerisauan, malah mereka sebolehnya tidak mahu langsung terlihat bayangan kapal tersebut kerana boleh mengundang bahaya. Sebagai langkah untuk mengelak daripada bertembung dengan kapal berpuaka itu, para nelayan akan memasang ladam kuda pada tiang layar kapal mereka sebagai perlindungan.

Akibat sumpahan yang telah dibuat, maka kesemua mereka yang berada di atas kapal tersebut telah termakan sumpahan dan menjadi jasad yang berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya sehingga kisah itu tersebar dengan meluas hingga ke seluruh dunia. Pada hari ini, kisah kapal berhantu tersebut masih menjadi perbualan, malah dianggap malang kepada kapal-kapal lain yang bertembung dengan The Flying Dutchman. Selama berabad-abad, legenda The Flying Dutchman telah menjadi sumber inspirasi kepada sasterawan dan novelis seperti Washington Irving dan Sir Walter Scott untuk menghasilkan karya dalam bentuk bacaan novel. Sejak tahun 1826, seorang penulis Edward Fitzball telah menulis novel yang berjudul The Phantom Ship (1839) yang telah diangkat berdasarkan pengalamannya bertembung dengan kapal seram itu semasa berlayar di lautan.

Gelaran The Flying Dutchman juga diberikan kepada beberapa orang pemain bola sepak Belanda seperti Dennis Bergkamp yang digelar The Non Flying Dutchman kerana fobia ketika menaiki kapal terbang.


Misteri kapal The Flying Dutchman masih diperkatakan sehingga ke hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...